Monday 5 November 2012

Kisah Semut dan Merpati (BM & BI)

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas.

Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

 Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.

Pada waktu yang sama, semut melalui kawasan tersebut. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."


THE ANT AND THE DOVE

One day an ant was searching for food along a riverbank. Suddenly the wind blew the poor little ant into the river. She was in big trouble! The water was rushing over her very fast!

Luckily, a dove was nearby. The dove saw the ant fall into the water and decided to help her. She quickly found a leaf and grabbed it in her beak, pushing it toward the drowning ant. The ant was able to crawl onto the leaf to safety. The leaf was carried by the river to the shore.
“Thank you my friend. One day I will repay your kindness” said the ant.

A few days later, a hunter was hunting for birds. He saw the dove resting on the tree. He took out his bow and arrow and aimed at the dove.

At the same time the ant was passing by and saw the hunter. She remembers the dove have saved her before. The ant quickly bites the hunter’s foot. The hunter was jumping and shouting in pain. The dove heard the hunter shouting and flew away safely.
“Thank you” said the dove to the little ant. “Today you have saved me”.

Sunday 4 November 2012

Bank Soalan Sains Kertas 1

 

 Sila Klik link di bawah Untuk Download:

Bank Soalan Matematik Kertas 1

Bank Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1

Program Read 2012

Program READ 2012 telah berlansung pada 24 Oktober 2012 secara serentak di semua sekolah-sekolah yang telah mendaftar untuk mengikuti program ini.

Selama 2012 saat atau bersamaa dengan  33.5 minit, guru telah menjalankan aktiviti membaca di dalam kelas.

Program ini berlansung untuk semua murid pra-sekolah, tahap 1 dan tahap 2. Bergantung kepada kebolehan murid, mereka membaca buku selama 2012 saat. Pada akhir program ini, murid-murid telah diberikan sijil khas Read 2012.


Gambar-gambar Program













Aruru The Caterpillar (BI & BM)

This is Aruru the caterpillar. Everyday it eat leaves. One day, Aruru wanted to eat some fruits.

One morning, Aruru went for a walk. It came across a forest with many monkeys.

In that forest, there were a lot of water melons. Aruru took a stick and made a hole into one of the water melons. It then made its way into the water melon.

The water melon was so sweet that Aruru began to eat until it had a big stomach. Aruru stayed in the water melon for two days. It was not able to get out because of its fat stomach.

Aruru was now worried. It peeped out of the hole in the water melon and saw an animal. It thought to itself and then in a loud voice. Aruru said “ Hi! You creature your face looks like an ugly monkey.”

“Who is that?” asked the monkey.

“Are you deaf?, the water melon taking,” exclaimed Aruru from inside the water melon. The monkey became angry at this.

The monkey took a stick and hit the water melon, which broke into two. Aruru was glad to be out of the water melon. It hurried home quickly.

KISAH ARURU SI ULAT BULU

Aruru adalah seekor ulat bulu. Setiap hari dia cuma makan daun-daunan. Pada suatu hari, Aruru teringin makan buah-buahan.

Pagi itu Aruru keluar berjalan-jalan. Dalam perjalanan, dia melalui sebuah hutan yang dihuni banyak monyet.

Di dalam hutan itu juga, terdapat banyak buah tembikai. Aruru mengambil sebatang kayu dan membuat sebuah lubang pada salah satu tembikai tersebut. Ia kemudian memasuki tembikai melalui lubang itu.

Tembikai itu sangat manis sehingga Aruru makan tanpa henti dan perutnya bertambah besar.  Aruru tinggal di dalam tembikai itu selama dua hari. Dia tidak dapat keluar kerana perutnya yang besar.

Aruru sangat risau. Ia mengintai keluar melalui lubang dan ternampak seekor haiwan. Ia berfikir sebentar dan kemudian berkata dengan suara yang kuat, “ Hi! Kamu yang berada di luar sana, mukamu seperti seekor monyet hodoh.

“Siapakah kamu?” Tanya monyet tersebut.

“Adakah kamu pekak, saya tembikai yang berkata-kata” jawab Aruru dari dalam tembikai itu. Monyet itu menjadi sangat marah.

 Monyet itu mengambil sebatang kayu dan memukul tembikai tersebut. Tembikai itu terbelah kepada dua dan Aruru dapat keluar dari tembikai itu.

Aruru bergegas pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

Strategi Pelaksanaan MBMMBI









Memartabatkan Bahasa Malaysia
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
  • Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
  • Asas Berbahasa (Back To Basics)
  • Didik Hibur
  • Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
  • Program Bacaan
  • Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
  • Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
  • Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
  • Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
  • Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:
  • Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris
  • Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Renda
  • Asas Berbahasa (Back to Basics)
  • Didik Hibur – Modul Language Arts
  • Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
  • Penetapan Model Bahasa Inggeris
  • Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
  • Sumber P&P – Makmal Komputer
  • Guru : Contact Time Berkualiti
  • Perkongsian dan Jaringan Guru
  • Kepimpinan Sekolah
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.
Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid, seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

Strategi memertabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa penghantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menegah dan penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran BM.

Manakala stratergi memperkukuhkan BI melibatkan penambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Share