Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
-
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
-
Asas Berbahasa (Back To Basics)
-
Didik Hibur
-
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
-
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
-
Program Bacaan
-
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
-
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
-
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
-
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
-
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas
kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas
berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa
pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul
P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P
tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan
secara bersepadu dalam konteks.
Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan
suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah.
Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni
bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan
sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong
P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar
mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu
sendiri.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan
teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web
dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan.
Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan,
pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan
mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam
Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal
Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan
supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran
ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi
ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan
profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini
ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan
luar negara.
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek
kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari
masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik
darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah
karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui
cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat
dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap
dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui
identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar
Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain
akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti
luar negara.
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang
mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian
dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai
syarat masuk.
MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:
-
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris
-
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Renda
-
Asas Berbahasa (Back to Basics)
-
Didik Hibur – Modul Language Arts
-
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
-
Penetapan Model Bahasa Inggeris
-
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
-
Sumber P&P – Makmal Komputer
-
Guru : Contact Time Berkualiti
-
Perkongsian dan Jaringan Guru
-
Kepimpinan Sekolah
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK
Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan
waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan
Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu Bahasa Inggeris
bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80
minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah
sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah –
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan
penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui
pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik
hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif
dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking,
drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti
Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan
Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa
Inggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa
Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema
yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta
struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan
sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang
sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah –
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan
modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P
tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.
Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan
perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal
bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris
melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti
antara guru – murid, seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan
disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas berenrolmen besar
(contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat
penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang
termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih
banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum.
Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris
dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang
ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.
0 comments:
Post a Comment